Entry: Majikan.. Mar 21, 2006



 

MAJIKAN....TAKUT @ RESPECT....???


Aku teruja dengan topik di atas...1 tahun lebih pengalaman aku di syarikat baru..sudah cukup untuk aku membuat satu kesimpulan seperti topik di atas...

Majikan...atau lebih familiar dengan panggilan boss!

+Adakah wajar dan memang wajar seorang majikan membuat kesimpulan dan andaian semua pekerja dan staff di bawah naungan mereka tidak akan melakukan kesilapan walau sekecil zarah?

+Adakah wajar boss @ majikan tidak perlu menghargai setiap pekerjaan yang telah dilakukan oleh pekerjanya di mana selama ini kekayaan dan kemewahan yang dikecapi adalah hasil titik peluh pekerjanya yang bersusah payah mengikut arahannya tanpa sebarang bantahan?

+Adakah wajar seorang boss @ majikan membuat andaian 10 pekerjaan boleh diselesaikan oleh seorang staff dalam masa 8 jam?

+Adakah wajar seorang majikan menunjukkan ekspresi marahnya dengan menghempas pintu dan mengeluarkan kata-kata kesat?

+Adakah wajar seorang majikan atau boss memmbuat andaian bahawa hanya dia seorang yang benar dalam melakukan apa jua tindakan sedangkan akhirnya membawa keburukan?

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments