*****************************


Who Am i?
**********************


Name ~ Lynda
Post ~ Administrator Cum Purchasing
Age ~ - 28


Cakap Ape2 Aje
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Feb 17, 2006
Lagu Favourite

Seroja - Jamal Abdillah

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia oh saja
Sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara

* Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga

Wink 18.02.2006


Posted at 05:51 pm by mamasempoi
Make a comment  

Feb 16, 2006
17.02.2006

 Hi Ya        Selesai Sudah.........

Exam dah selesai..2 hari nak menghabiskan exam yang entah ke mana hala jawapannya dah tamat Raise The Roof..Success or not iu serah je pada Yang Kuasa..Kalau nak ikutkan dah berkali-kali attend exam ni, selalu je failed..but tak tau this exam macam mana pulak..Kalau failed jugak....camana? tak de luck lah tuuToo Funny..

Majoriti yang datang exam di PICC putrajaya semalam dah bekerja..tapi kbanyakan dorang bekerja as contract jer..Kadang terpikier gak..syukor Allah dah bagi rezeki macam ni...EyebrowSoklan untuk this year boleh dikatakan senang berbanding exam yang lepas ..essay nya tidak terlalu menyentuh isu semasa...Yang senang maka ramai yang boleh success, ini cabaran ni..Hmm..kita tunggu je lah..hari ni dah start keje semula...Too Happy 2






Posted at 05:24 pm by mamasempoi
Make a comment  

Feb 9, 2006
ExaM pTD Menjelang

        PTD

At Desk

Lagi2 EXAm PTD...LagI2 Exam PTD...KalI Ni   MasUk Kali Ke 8 Aku Attend FoR This ExaM..kena PEgi Lagi YekkROTFL..dah Bosan   PlaK Rasa..Tapi GagAl SekaLi Tak bermAkna GagAl Untuk SelamA2nya Kan...Hello

HmMm..TapI KenaPA samPai 2 HAri?? Aku PunYe AnnUal LeavE abEsslaaa...Mampos BosS Bising AsyIk Cuti Je...HiskkkkLugeLantaKlah...!!! Aku kena CubA YAng terBaik..KalO adA rezeki..AlhAmduLillah..Kalao Failed Jugek..C U LAter..MuaahahahahLips








Posted at 11:26 pm by mamasempoi
Make a comment  

Feb 3, 2006
Sabtu Yang Hening

 

Today BorinG.. Sbb MooD RaYe Cina Masih DaLam HatI...WalAupun BukAn Aku YAng MErayaKAnnya..Tapi MOOd Untuk Terus CuTi Terus MengHAntui Jiwa..RaSanya Kat Opis Ni CumA JAsaD jer,HatI Dan FiKirAn MAsih terTinggal Kat TepI pantai DanGa Bay Shades...Huahahahah..SemuA Kilang Kat AreA Opis Aku StiLL TuTuP..KIlaNG Aku JE DOK terHegeH2 BukaK..mengALAhkAn BusinEss Datuk MEnTeri...HurmphMuahaAHHaaa...Dari SemAlam MOOD Aku LangsUng Takde Nak Wat Kerje WalauPon KerjA yang Ada BertiMBUn......!!!!! ToLoNg....!!!!MacAm MaNA NAk DatAngkAN GooD mOoD Ni AgakNya Ye... Hmm..RAsA MaCam NAk Blah AwAl JE Ari Nie..HiSH! YaNg Aku GeRam..Aku DiPAksa DatAng KeRjA AWal..SeDanGkan OranG Lain DoK mengULaR..Jap Ade Jap TAkde..CAm BisKut ChIpsmore..AngryNi YanG Tak Puas HatI nIe..ApapUn Kan..HidUp Ni PerlU DITerUSkan..So..ApA Lagi...Kita EnJoy...!!!!!!!!(CAm Citer Puteri Tu...HiHiHiH)Wink


Posted at 06:16 pm by mamasempoi
Make a comment  

Feb 2, 2006
Have A Nice Day

Days are too busy

Hours are too few                                

Seconds are too fast 

 

but there is always time to remember you

IHSAN :hazilahramli@yahoo.com


 


Posted at 05:31 pm by mamasempoi
Make a comment  

Jan 26, 2006
Happy Chinese New Year.....

 

HAPpY ChINeSE NEw YeAR To ALL CHiNeSE MEMBER....

HaVE A LuCk AnD NiCe DaY....

MY bLOg WiLl NoT ACTiVe fROm 28.1.2006 TiLL 01.02.2006

hApPY HOLiDAy!!!!!!!!!!!!!!!

 


Posted at 09:51 pm by mamasempoi
Make a comment  

Jan 21, 2006
Long Khong

jOm TeNGOk!!!!

Kejamnya ilmu hitam Long Khong

PANOR menyeksa
mangsanya.


Kuasa ilmu hitam, pembunuhan dan penyeksaan adalah tiga elemen utama yang menjadikan Long Khong sebuah filem ngeri yang hebat dengan label 18PL. Jalan ceritanya tidak berbelit-belit, cuma mungkin ada beberapa adegan terpaksa digunting kerana cukup melampau.

Watak utama, Panor, lakonan superstar seksi Thailand, Mamee atau Napakpapar Nakprasit, tidak menghampakan.

Begitu juga pelakon remaja lain seperti Namo Tongkumnerd, Hataiwan Ngamsukonpusit, Akarin Siwanponpitak, Korakot Woramusic, Chanida Suriyakampol dan Pawarit Wongpanit.

Filem seram ini diarahkan sekumpulan sutradara baru Thailand iaitu Kongkiat Khomsiri, Isara Nadee, Seree Pongpinit, Pasith Buranajan, Putipong Saisikaew dan Art Thamtrakul Yosapong Polsap.

Ia bermula dengan kisah enam sahabat baik - Ta, Por, Kim, Tae, Nuch dan Ko - yang memang nakal ketika zaman persekolahan lagi. Mereka pernah ditangkap seorang guru lelaki kerana meneguk minuman keras di sebuah kedai namun mereka tidak pernah serik.

Ibu tiri Ta, Panor yang juga guru di sekolah itu lain ceritanya. Dia memiliki tarikan seksual di kalangan anak muda dan turut menjalinkan hubungan dengan seorang guru lelaki. Ta beberapa kali menyaksikan perbuatan tidak senonoh antara ibu tirinya itu dengan guru lelaki ber-kenaan, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana ayahnya tidak mempercayai kata-katanya.

Namun satu hari, Ta dan rakan-rakan berjaya merakamkan perlakuan seks antara ibu tirinya dengan guru lelaki berkenaan tetapi mereka pula ditangkap. Bukan saja diseksa guru lelaki itu, sahabat mereka, Kim, turut dirogol di depan mata mereka semua!

Ini menyebabkan mereka berdendam lalu berjumpa seorang bomoh untuk memastikan guru lelaki itu mendapat balasan. Akhirnya, guru lelaki itu mati, manakala ibu tiri Tar menjadi gila.

Dalam kemelut itu, ayah Ta pula menembak dirinya sendiri.

Sebenarnya, ibu tiri Ta, Panor menjadi gila bukan kerana kematian kekasih, sebaliknya turut terkena ilmu hitam.

Siapa yang mensihirkannya hanya akan diketahui pada penghujung cerita ini.

Sementara itu, untuk menghapuskan kuasa ilmu hitam yang jahat itu, Panor pula meminta bantuan seorang bomoh India.

Bagaimanapun, syaratnya memang berat kerana Panor perlu membunuh bomoh yang pernah mensihirkannya dan kemudian memamah daging bomoh itu!

Dendam itu tidak terhenti di situ saja. Apabila Ta dan sahabatnya pulang ke kampung ketika cuti semester, ia membuka peluang kepada Panor untuk membalas dendam terhadap mereka. Bagaimanapun, satu misteri akhirnya terbongkar.

.


Posted at 06:03 pm by mamasempoi
Make a comment  

Jan 20, 2006
Black Metal

Black Metal boleh pesong akidah


AKHIR-AKHIR ini, kita dikejutkan sekali lagi dengan gejala sosial yang merosakkan akidah, sekali gus merosakkan akhlak generasi muda dan remaja.
Ada kes tangkapan yang dibuat oleh pihak penguasa terhadap golongan remaja yang terbabit dengan fahaman dan gejala Black Metal. Ia membuktikan pembabitan berani anak muda Melayu dalam kegiatan yang boleh merosakkan akidah.

Kerisauan ini berdasarkan unsur dalam Black Metal seperti anti-Tuhan, antisosial, antiagama serta bersifat pemberontakan dan kebebasan yang boleh dianggap akan menggugat keharmonian masyarakat.

Apabila ditemui, sebahagian mereka adalah pelajar sekolah atau anak muda yang tidak boleh membaca al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah.

Di Barat, contohnya, tindakan berani pengikut fahaman ini dengan membakar gereja, kitab suci dan rumah ibadat, malah sanggup membunuh rakan sendiri sebagai tanda kesetiaan kepada ajaran itu, sewajarnya mengundang rasa waspada dan berhati-hati dalam diri sekiranya fahaman ini tidak dibendung dari awal. Mesej utama yang dibawa juga jelas meragukan seperti pemujaan dan amalan sihir.

Pengikut biasanya dikenali dengan memakai baju berwarna hitam dengan simbol berbucu lima.

Pengaruh fahaman yang menyesatkan ini andainya dibiarkan, pasti akan menjadi masalah besar kepada umat Islam di negara ini dan akhirnya membawa kepada ancaman keselamatan umat itu sendiri. Pengaruh perkara baru ini akan cepat merebak dan menjangkit di kalangan remaja dan generasi yang kurang berfikir. Mereka akan mudah terpengaruh dengan apa saja perkara baru yang disangka menarik walaupun tidak munasabah dan amat bertentangan dengan akal dan hukum Islam.

Apakah sebenarnya Black Metal? Betapa hebat kuasanya sehingga mampu menarik minat dan mengasyikkan generasi muda ke dalam kumpulan ini. Black Metal suatu kumpulan manusia yang sesat, tiada percayakan apa-apa pun agama dan tiada percayakan Tuhan. Mereka menyebarkan pengaruh melalui aliran Mozek yang disesuaikan dengan minat golongan remaja berasal dari Yunani, yang dipelopori oleh seorang lelaki Yahudi bernama Yurinamus.

Aliran ini bencikan agama. Mereka menghina agama, memijak Bible, mengencing, meludah, mengoyak dan membakar al-Quran. Mereka daripada golongan pengamal sihir, minum arak, seks bebas, suatu upacara atau pesta seks bebas antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan binatang.

Antara lain amalan kumpulan itu mengadakan upacara pemujaan, iaitu memuja kambing hitam, meminum darah kambing hitam, memuja syaitan dan mentera berlainan. Kesan daripada itu, akhlak menjadi rosak, tiada pegangan akidah yang kukuh. Akhirnya, menjadi sejahat-jahat manusia, sehingga sanggup memijak al-Quran, melawan ibu bapa, menghina agama dan sebagainya.

Bagaimanakah kita sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat dapat membantu remaja daripada terbabit atau terjebak dengan kumpulan yang tidak bermoral ini?

Langkah yang perlu diambil ialah:

l Tingkatkan daya ketahanan iman remaja.

Dorongan yang menyucikan hati adalah unsur penting dalam melahirkan generasi remaja berakhlak baik atau salih. Menyucikan hati bermakna Tazkiyyatun Nafsi iaitu membersihkan diri daripada maksiat.

Imam Al-Ghazali membahagikan maksiat kepada dua bahagian iaitu maksiat zahir dan batin. Suasana persekitaran boleh mempengaruhi rangsangan nafsu dan akal untuk menghasilkan tingkah laku remaja.

Pembabitan remaja dalam kegiatan berfaedah seperti kem ibadah dan kursus kecemerlangan diri membantu remaja membina personaliti unggul.

l Berikan panduan memilih kawan

Ibu bapa mesti menyedari bahawa rakan sebaya mampu mendorong remaja ke arah kejayaan atau kemusnahan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Menurut Imam Ghazali, berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata seperti minum racun yang membinasakan. Tabiat manusia itu sentiasa terpengaruh untuk meniru-niru tabiat rakannya tanpa disedari oleh orang lain. Sebaliknya, jika bergaul atau berkawan dengan orang zahid atau mementingkan keakhiratan, akan menarik hati kita kepada cintakan kezahidan, mensyukuri nikmat Allah dan lebih menyayangi diri sendiri yang mampu menjadi benteng menapis perbuatan maksiat.

l Didik anak supaya dapat membezakan di antara rakan sebaya yang baik atau tidak baik.

Abu Sulaiman Ad-Dardani berkata, jangan sekali-kali engkau bersahabat dengan seorang daripada dua yang berikut: Orang yang engkau senang dengannya dalam menguruskan hal ehwal keduniaanmu dan orang yang tidak dapat memberi faedah dan manfaat dalam hal ehwal keakhiratanmu.

l Sentiasa memantau siapa rakan sebaya anak.

Ibu bapa wajar memantau siapa rakan anak mereka di sekolah atau dalam kawasan perumahan tempat mereka tinggal, yang sering didampingi anak mereka dari semasa ke semasa.

Mereka perlu memerhatikan tingkah laku anak secara bijaksana untuk mengesan sebarang perubahan tidak sihat. Mereka mesti cepat bertindak jika mendapati anak remaja terbabit dengan ajaran atau kumpulan tidak sihat.

Selain itu, ibu bapa perlu berusaha memperkukuhkan ikatan kasih sayang dan kekeluargaan bagi memenangi hati anak remaja. Melalui cara ini, kita dapat memastikan anak kita tidak tersilap memilih rakan sebaya atau kumpulan yang diceburinya.



PETIKAN teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor pada 6 Januari 2006.

Posted at 05:54 pm by mamasempoi
Make a comment  

Jan 19, 2006
20.01.2006

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Go to fullsize image

Hari Jumaat .....

 1. Pernikahan Antara Adam Dan Hawa   
 2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
 3.Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
 4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
 5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
 6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
 7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu di dalam taman-taman dan sungai- sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa"
                                                                               (Surah Al-Qamar:54-55)


Posted at 11:02 pm by mamasempoi
Comment (1)  

Jan 18, 2006
Novel

Adam & Hawa

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa tanpa rela.

Sayangnya hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekat dihatinya. Ah...Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkan Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. benarkah dalam hatinya ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Nukilan   : Aisha Sofea


Posted at 07:16 pm by mamasempoi
Make a comment  

Previous Page