*****************************


Who Am i?
**********************


Name ~ Lynda
Post ~ Administrator Cum Purchasing
Age ~ - 28


Cakap Ape2 Aje
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Sep 24, 2006
Selamat Datang Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan

 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KETABAHAN SERTA KEIKHLASAN….

 


Posted at 11:30 pm by mamasempoi
Make a comment  

Jun 9, 2006
Pengalaman Itu Penting!

Kejayaan Hidup

Hari ni ada sorang supplier ni come to my office to collect his payment..Since aku keje sini..this person selalu encourage aku untuk terus sabar dan timba experience sebanyak yang mungkin...i take his experienced as aku punya kekuatan .....

Today, he coming and he said he will retired.....Uhh.....maybe usia dia yang dah nak menjangkau ke usia 60 lebih..so that is the better way untuk dia meneruskan life dia dengan family...

What is yang aku proud sangat about him..kegigihan dia, from as general cleark yang kerja itendang ke sana ke mari and now dia boleh di angkat sebagai managing director....dia dah banyak advise aku bagaimana untuk berjaya...he said..apa kerja yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan ikhlas dan jujur...dan anggap semua kerja yang diberikan satu tanggungjawab dan ilmu....walaupun kerja yang diberikan tidak related dengan position kita...like me la....everything i will do dekat factory ni...kalu ikutkan company boleh save on overhead...mana taknya..i do 6 position on my own....Tapi...tak perlu mengeluh...banyak experience...susah nak dapat....so  i must take this chances to improved myself..........

Thanks mr goh for your advise......i will not forget u .....good luck 2u mr Goh!!!!


Posted at 01:33 am by mamasempoi
Make a comment  

May 19, 2006
Wanita

                       .....indahnya diciptakan sbg Seorang Wanita 


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Posted at 07:23 pm by mamasempoi
Make a comment  

May 14, 2006
Stress

 

How You Show Your Stress?????

 

or

 

It`s Up To You!!!!! HehOhoGe



Posted at 06:59 pm by mamasempoi
Make a comment  

Mar 27, 2006
True Meaning

FAMILY .........

(F)ather

(A)nd

(M)other

(I)

(L)ove

(Y)ou



WIFE...........
(W)ashing

(I)roning

(F)ood

(E)ntertainment



HUSBAND.........

(H)ousing

(U)nderstanding

(S)haring

(B)uying

(A)nd

(N)ever

(D)emanding



"HELLO" can be a sweet one.......


(H)ow are you?

(E)verything all right?

(L)ike to hear from you

(L)ove to see you soon!

(O)bviously, I miss you ..





Posted at 12:45 am by mamasempoi
Make a comment  

Mar 21, 2006
Majikan..

 

MAJIKAN....TAKUT @ RESPECT....???


Aku teruja dengan topik di atas...1 tahun lebih pengalaman aku di syarikat baru..sudah cukup untuk aku membuat satu kesimpulan seperti topik di atas...

Majikan...atau lebih familiar dengan panggilan boss!

+Adakah wajar dan memang wajar seorang majikan membuat kesimpulan dan andaian semua pekerja dan staff di bawah naungan mereka tidak akan melakukan kesilapan walau sekecil zarah?

+Adakah wajar boss @ majikan tidak perlu menghargai setiap pekerjaan yang telah dilakukan oleh pekerjanya di mana selama ini kekayaan dan kemewahan yang dikecapi adalah hasil titik peluh pekerjanya yang bersusah payah mengikut arahannya tanpa sebarang bantahan?

+Adakah wajar seorang boss @ majikan membuat andaian 10 pekerjaan boleh diselesaikan oleh seorang staff dalam masa 8 jam?

+Adakah wajar seorang majikan menunjukkan ekspresi marahnya dengan menghempas pintu dan mengeluarkan kata-kata kesat?

+Adakah wajar seorang majikan atau boss memmbuat andaian bahawa hanya dia seorang yang benar dalam melakukan apa jua tindakan sedangkan akhirnya membawa keburukan?

 


Posted at 05:38 pm by mamasempoi
Make a comment  

Mar 9, 2006
kECANTIKAN...

MEMANG CANTIK.....

MENARIK...THE BOMB

ANGGUNN....


Posted at 06:26 pm by mamasempoi
Make a comment  

Mar 8, 2006
Awal..Pertengahan...Penghujung

Jangan Macam Tu.........
 
Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
 
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."
 
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa la shopping, buat habis duit jer.."
 
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
 
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
 
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"
 
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
 
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
 
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."
 
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
 
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
 
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."
 
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
 
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
 
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."
 
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
 
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
 
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "awak ni memang pemalas.."

Posted at 05:32 pm by mamasempoi
Make a comment  

Feb 24, 2006
Warna kehidupan

 DESKRIPSI WARNA

 Biru    pemurung dan selalu pasif.Medambakan ketenangan .Sulit untuk dalam pergaulan juga percintaan kerana suka menyimpan perasaan
 Hijau     Seorang yang romantik.sukakan keindahan dan suasana yang nyaman.Selalu memegang prinsip.Dalam memilih teman hidup, kamu ingin yang toleransi  dan dapat dipercayai.
 Kuning     Kamu memiliki sifat optimis.Seorang periang dan mudah bergaul.Tidak memiliki penampilan yang muram.Suka tolong menolonh dan tidak suka meremehkan sesiapa jua walaupun org itu lemah dan bodoh.
 Ungu  Kamu agak luar biasa. Tidak rasa ragu-ragu dalam masa depan.Apa yang kamu lakukan kamu rasa yang terbaik..Dalam bercinta, hanya mereka yang kuat mental  yang dapat menjadi kekasihmu
 Putih  Kamu org yang dilahirkan dengan sempurna,Ramai kagum dengan kamu kerana anggun idealis dan moral kamu yang tinggi Tidak angkuh dan mudah memberi bantuan.                                                  

 Hitam  Kamu sangat lincah.Jika kamu tidak disukai, kamu akan murung.Kamu selalu menarik dan rapi.Ramai orang nak bercinta dengan kamu.
 Merah     Kamu seorang yang berwibawa.Walaupun bergaul dengan berlawanan jenis,kamu dapat menahan diri.Ramai yang meluahkan cinta tapi kamu suka berfikir dan berfikir lagi.Kamu memang susah nak jatuh cinta

** Kamu dalam golongan mana? :)


Posted at 05:48 pm by mamasempoi
Make a comment  

Feb 20, 2006
Keluarga

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN WANITA



* Berakal, berilmu, beriman dan beramal soleh

* Mempunyai watak kepimpinan

* Tinggi akhlak dan keperibadianya

* Lemah lembut dengan isteri

* Mencari nafkah daripada sumber yang HALAL

* Sentiasa berlapang dada dan penjang pertimbangan

* Sanggup membimbing isteri dan keluarga

* Mampu mengawasi keselamatan dan keselesaan isteri dan keluarga

* Memiliki peribadi yg boleh dijadikan teladan, seperti bercakap benar,baik akhlak terhadap isteri dan keluarga.

* Pemaaf dan mudah minta maaf

* Bersangka baik dengan pasangan hidupnya

* Berterima kasih atas pengorbanan isteri

* Istiqamah dalam melayani isteri

* Bertolak ansur dengan isteri

* Dihormati isteri tapi bukan digeruninya

* Pandai bergurau dan ambil hati isteri
* Tidak berat tangan membantu isteri di dapur

Comments:- Masih adakah suami berciri ini di muka bumi ini? Hmm......


Posted at 05:28 pm by mamasempoi
Comment (1)  

Next Page